Thursday 6 December 2018

jom jalan2 ke george twon street art

   Selamat datang ke blog sy kali ni sy nk share pasal penang art street sapa2 yg ke penang klw tak ke Georgetown makna dia mcm x dtg ke penang jadi luangkan sedikit masa. Mengikut sejarah  George Town (juga disebut sebagai "Tanjung" dan "Town" oleh masyarakat tempatan) ialah bandaraya metropolitan Pulau Pinang, Malaysia yang tertua selepas Melaka serta ibu negerikepada Pulau Pinang di timur lautnya. George Town juga disambung dengan feri dan jambatan ke Butterworth dan Ipohberfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan tanah air. Ibu negeri ini juga merupakan bandaraya pertama di Malaysia. Majlis Bandaraya George Town diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sekarang, George Town pun telah menjadi bandaraya lama negara separti Bandaraya Melaka.
Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang[perlu rujukan], menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara. Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Glugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap di Seberang Perai. Zon Metropolitan Georgetown merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil (1048 km2 ), iaitu hanya hampir separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 km2. Terdapat juga hotel-hotel berada di tepi pantai untuk bermandi-manda di Pulau Pinang. Di Georgetown penang nnt korang bleh ambik gambar sebagai kenang kenangan jadi sy pun x nk buang masa lagi.....

mmg class walau pun basic punya instrument 



Ini antara bakat terpendam org penang skill beliau mmg high class, dkt sini mmg byk aktiviti yg berteraskn seni seperti lukisan lagu, anyaman tangan, cat mural dan lain2 lagi.

Ini bangunan yg ada nilai sejarah.

Di penang dulu mmg banyak persatuan peniaga itu dulu dan mmg peniaga dari china ni mmg pandai meniaga dan rahsia peniaga china disini berjaya antara sebab dia mereka ni bersatu sebab tu peniaga ni masih menjalankan Business sampai hari ini. Waktu Ini kita dpt lihat peniaga china ramai yg menubuhkan persatuan berteraskan keluarga jadi tidak hairan mereka lebih mudah menjalankan pernaigaan yg di cehuri

menara jam georgetown 

Mengikut orang tempatan dan maklumat dari kerajaan negeri menara jam ini di bina pada british lagi, dan di sini juga tugu peringatan zaman perang dunia pertama cuba tgk dekat bawah ni, zaman dulu biasa la org gunakan menara jam ni nak bagi tau org sekeliling jam waktu semasa. dan jam ini mmg ada loceng sama macam di negara lain gak dan dalam malaysia pun ada macam dkt dataran merdeka di KL, alor star di Kedah, jb di Johor, bandar melaka di Melaka. dan kalau sampai di sini klw x ambik gambar mmg rugi besar la hehehe. jadi klw datang kepenang jangan duduk dalam hotel je tapi berjalan2 la ke sana.

cenotaph ni tarikh dia 1914-1918 world war1

Cuba tgk dkt bendera tu sebelah bendera kerajaan negeri pulau pinang dan sebelah lagi bendera malaysia. kalau zaman british bendera England dan penang, tapi bila zaman malaysia dan merdeka bendera malaysia la yang berada di sini. yang menarik nya tarikh world war2 mmg tiada disini......

jom minum sirap limau ais

Petang ni sy dgn mona lisa orang kata org dia mmg xde kening ye ke? hehehe nk tau ada atau xde kne tengok semdiri la ye, walau pun mona lisa ni ajak saya minum tapi dlm gelas tu bukan wine ok hahahaha. gambar ni memang cantik klw kena position yang bagus dan photographer pun kena pandai nak ambik gambar bukan main click je hehe.

2 org belakang tu yg tolong tolak saya masa naik bukit td hehe

Gambar ni berada di belakang lorong klw masuk dkt kawasan georgetown pelan2 nnt boleh cari kawasan ni.  paling best klw nk bergambar the best naik basikal harga untuk sebuah basikal Rm10-25 masa saya lalu dekat sini saya seorang je jadi ambik gambar semua nampak sorang je hahaha.

stop smoke please hahahaha

Gambar ni mmg kontroversi sebab ramai yang tak suka ni esspacially kepada yang hisap rokok tu hehehe. kalau tak suka boleh pasang niat, tak pe pelan2 insyaalah lama2 nanti boleh berenti. sebenarnya yang dalam gambar ni dulu pun hisap rokok gak lepas tu dah berenti lama dahhhhh. alhamdulillah......

ni dkt balai bomba

Menjadi  anggota bomba memang mencabarkan jadi tahniah kepada pegawai dan anggota bomba yang berkhidmat untuk negara dan rakyat malaysia. semoga anggota bomba selamat semasa menjalankan tugas di lapangan kerja walau pun banyak dugaan.

Now i see foriegner

Gambar yang macam  ni mmg biasa di temui paling ganas harimau la yang sedia nak ngap bila kita leka haha.

Pelabuhan Swettenham Pier Cruise Terminal

  Gambar ni dkt jeti ferry penang ke tanah besar dkt sini mmg byk kapal2 besar ada yang kata setiap minggu ada 3-4 buah kapal yang akan berlabuh dkt penang port ni. ada yang kata dari eropah pun berlabuh sini gak, percutian atas kapal memang exclusive macam cite titanic cuba bayangkan dok atas kapal ssambil di pukul badai laut sambil minum kopi petang2. Dermaga Swettenham ialah sebuah dermaga di bandar George Town di Pulau Pinang, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1904, ia merupakan pelabuhan paling sibuk di Malaysia untuk penghantaran kapal pesiar,] Dermaga memainkan peranan penting sebagai pintu masuk utama bagi pelancong ke Pulau Pinang, selain dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan sambungan tanah,  Selain penghantaran kapal pesiar, Dermaga Swettenham, yang terletak di Pengkalan Weld, telah menjadi tuan rumah kapal perang. Kapal-kapal tentera laut dari beberapa negara, termasuk Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat, telah bertaburan di dermaga di masa lalu. sumber dari wikipedia

gambar dari pintu masuk

fort convalis meriam sri rampai dari zaman belanda lagi  

gambar dari pintu depan kubu 

Fort conwallis atau kubu Conwallis ini dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 416.6 kaki persegi. Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan Indiasemasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.Dinding-dinding kebunya,yang setinggi 10 kaki,dibina dalam bentuk bintang.Pada hari ini, kawasan ini hanya tinggal batu luar tetapi di dalam kubu masih terdapat beberapa struktur asal yang dibina lebih seabad yang lalu,termasuk sebuah gereja kecil ,sel-sel penjara ,bilik tahanan,kawasan storan senjata dan peluru,tiang bendera asal dan kira-kira 17 meriam gangsa lama,salah satu daripada meriam Belanda ini bernama Seri Rambai,yang bertarikh 1603. Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), yang dihadiahkan oleh Belanda kepada Sultan Johor sebelum ia berpindah tangan dari satu kerajaan kepada kerajaan lain akibat peperangan. Sekarang, jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu. sumber dari wikipedia.


rasanya semua orang kenal dia ni haha

 Oleh kerana penang di asaskan oleh kerajaan england maka tak hairan Mr rowan atkinson ni tercegat di sini, soal nya dia tak atau tidak gamabr dia terpangpang di sini? hahaha biarkan dia je yang tau jawapan nya hehe.

gambar ni memang viral dlm internet

 Yang wujud di sini hanya basikal yang gambar tu sekadar lukisan

mak cik tgh jaga anak ni hehehe

 Bila tengok gambar ni memnag teringat zaman budak dulu yang selalu buat onak menganggu adik2 dan seluruh budak2 yang ada di sekitar hahaha 
ingat tadi ada  orang jual roti hehe

Roti2 sapa nak belio roti m,eh dekat sini, klw tengok dari gambar tu yang jual roti ni rasanya mamak tu dan Mr hensom man yang dok atas basikal tu pembeli tak kan Mr hensom man jual roti kn hehe, dan saya juga salah sorang pembeli roti tu hahaha tapi sayang 1000 kali sayang sebab sekadar gambar sahaja.


fuhhh laju tu uncle

sebelah masjid ni ada kedai nasi kandar beratoq 

 Masjid ini lebih yang paling tua mengikut orang tempatan. Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Georgetown, Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18. Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916. Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama. sumber dari wikipedia. 

my BFF #inirahsiakita ni 

yang best ni dkt  penang ada tempat makan best  dia medan selera The Esplanade Park dari ford conwallis boleh jalan kaki je......
medan selera dia

owner kedai dan isteri

haaaaa ni dia klw x mai sini rugi cek oiiiiii Dia ada banyak kedai yang ada tapi bagi saya paling top ni dia esplanade Hadi char kuey tiow,  berbagai rasa udang telur, yang basah yang kering semua ada dkt sini klw sekali bertur dia mmg panjang la tak hinggat wehhhh.
harga mmg flexible ada yang murah ada yang mahal.

jika berminat nak tau lebih lanjut tentang aktiviti lain yang ada di penang boleh terus email ke Afix28dean@gmail.com atau no tel +60189188917

No 18 astaka kota selera padang kota lama (299.88 km)
10450 George Town, MalaysiaDapatkan Arah 013-433 4181
Lazimnya membalas dalam beberapa jam
Contact Esplanade Hadi Char Koay Teow
Messenger Restoran
Jam: 10:00 PAGI - 9:00 PTG

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2353611061347478&id=100000958222677
selamat bercuti

No comments:

Post a Comment