Tuesday 27 November 2018

Laman dapur Pusat Islam UPM

Selamat datang ke blog saya, kali ni nak share sikit  lawatan ke UPM dan yang menarik di sini semua reka bentuk dia mmg best dan cantik serta tersusun. Gambar ni di ambil di masjid UPM jadi kalau dapat di buat di belakang rumahkan bagus.  

yang sengih mcm kerang busuk ni saya lah...

Di taman ni semua sayur dia banyak yang menjadi ulam sayur makanan org di sekitar org  melayu antara dia bendi, pegaga, kacang panjang, kacang botol, terung. Bukan setakat sayur dia juga ada herba misai kucing.

baru kelikir yang menutup permukaan tanah.

Batu stepping stone ni kalau rajin bboleh buat sendiri guna simen je, tapi klw nak senang beli je yang dah siap. masa nk letak tu kena ukur siap2 baru susun cun2. dan planter box dia pun guna kayu pelapik je, dan nk cantik guna cat dah cantik dah.

batu pijak yang rapi tersusun.

Saiz taman ni agak luas dan dia boleh di tambah lagi, dan taman ni mmg agak sunny panas tapi bagus sbb  100% cahaya matahari boleh sampai ke pokok ni yang tak best dia panas sikit. 

bahagian tepi tandas pun menarik.

Walaupun di bahagian tandas klw di susun dan di hias dgn cantik depan tandas pun  boleh jadi taman hahaha apa pun boleh jadi. taman ni mmungkin agak sedikit lama dan banyak pokok yang perlu di selengara dgn baik lagi.

pasu di pagar kayu menutup bentuk pasu....

Pokok ni klw dapat baja yg baik mesti dia dapat membesar dgn baik, ini bukan tuduhan UPM tak pandai jaga tapi  sekadar pandangan, dan bekalan juga harus cukup dgn baik. 

laman ni dapat di lihat dari ruang pejalan kaki. 

Jika ada yg suka dan minat untuk buat taman macam ni mungkin boleh pasang automatik springkler atau paip terus ke pokok yang kita nak dia membesar. Di pasaran banyak brand automatik valve electronik ada yang guna bateri dan solar, cuma harga yang berbeza... 


sila lawati blog saya yang 1 lagi di http://smartgarden2me.blogspot.com/  
http://smartgarden2me.blogspot.com/2014/12/salam-rakan2-pembaca-yang-di-hormati.html